Thursday, December 1, 2011

Mcm 2 Kisah lagi....

Apek perlu tabah, sabar

KUALA LUMPUR: Tindakan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 21, yang terfikir mahu bersara awal daripada arena bola sepak berikutan tidak tahan dengan kontroversi di luar padang mendapat perhatian banyak pihak yang menyifatkan jika benar keputusan itu dibuat, ia sesuatu merugikan kerana prestasi Apek sedang memuncak.
Pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, 24, berkata, sebagai pemain profesional, Apek perlu melalui semua kontroversi dengan sabar kerana dia adalah ‘selebriti bola sepak’ dan peminat pastinya mahu tahu perjalanan hidupnya termasuk membabitkan soal peribadi.

Katanya, perkara sama pernah dilaluinya dan tidak masuk akal jika Apek meninggalkan karier diraihnya dengan penat lelah hanya disebabkan kontroversi yang dianggap perkara biasa.
“Apek perlu menolak ke tepi semua kontroversi itu dan jangan peduli apa orang cakap. Yang penting Apek tahu apa dia buat, tidak halang perjalanan karier, profesional dan beraksi cemerlang di atas padang,” katanya.

Menurut Zaquan, jika Apek masih berniat meneruskan hasrat bersara, dia perlu berfikir panjang dan menyifatkan tindakan individu menyebarkan gambar mesra Apek sebagai usaha menjatuhkan kariernya, dengki dan tidak senang melihat kejayaan orang lain.

“Fikirlah sebaik-baiknya kerana peluang bermain bola hanya ada bila waktu sihat. Sebolehnya teruskan karier, pandai bawa diri dan jangan mudah percaya orang,” katanya.

Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh, 31, berkata, tugas menjaga gawang lebih sukar daripada menepis kontroversi yang datang.

“Nasihat saya, anggaplah kontroversi itu sekadar ‘come and go’ (datang dan pergi). Sebagai Hero Malaya, peminat perlu menyokong perjalanan karier Apek, apa lagi tugas meneruskan misi negara lebih berat.
“Apa berlaku kepada Apek perkara biasa di mana-mana kelab bola sepak kerana peminat mahu tahu cerita mengenai bintang bola sepak mereka,” katanya.

Pelakon, Neelofa Mohd Noor, 22, berkata, sebagai ‘public figure’, artis mahu pun selebriti sukan pasti dihujani banyak cerita positif dan negatif yang dianggap publisiti, tetapi pelakunya perlu bijak menghadapi.

Mcm2 der cot cet...

Cerita Sebenar Gambar Aksi Mesra Khairul Fahmi dan Shida Harmi

Nampaknya cerita sebenar Gambar Aksi Mesra Khairul Fahmi dan Shida Harmi yang heboh diperkatakan sejak tersebarnya gambar tersebut telah terjawab. Ianya secara tidak langsung telah menjejaskan karier Khairul Fahmi sebagai penjaga gol utama skuad bola sepak kebangsaan.

Cerita Sebenar Apek dan Shida

Penyebaran gambar aksi mesra yang membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida sejak Sabtu lalu telah menyebabkan kedua-dua pihak dihujani dengan pelbagai tohmahan.

Menurut Shida, gambar itu memang gambar mereka tetapi ianya merupakan gambar lama. Penyebaran gambar tersebut telah menggangu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

Setelah diterangkan oleh Shida Harmi sendiri mengenai cerita sebenar mengenai gambar aksi mesra mereka, diharapkan selepas ini semua pihak tidak lagi memperbesar-besarkan isu ini kerana Shida sendiri akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Setelah pelbagai isu yang melanda Apek telah menyababkan ada ura-ura yang mengatakan beliau ingin bersara awal kerana tidak tahan dengan pelbagai kontroversi yang dilemparkan kepadanya. Ini tidak sepatutnya terjadi kerana Apek masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah dalam skuad bola sepak kebangsaan.